Hati, kau sering bermonolog,
menanyakan soalan pada diri sendiri,
soalan menggunung terbuku kaku,
penyelesaian dicari merungkai mimpi.
Bila termenung pasti bermonolog hati,
tiba-tiba tersenyum sendiri,
terlintas lucu di hati dan berlalu pergi,
agaknya kenangan lama diingat kembali.
Apa bila berfikir pasti bermonolog lagi,
hak dan batil harus dikenali,
supaya tiada penyesalannya nanti,
keputusan dibuat tiada undur walaupun bermimpi.
Lantak hati nak bermonolog,
harus diguna memperingat diri,
lantas membina bangkitkan diri,
hidup diterus harus bersuju pada Ilahi.
Ku sampaikan monolog hati kerana ku fikirkan tadi,
selalu berlaku pada diri,
merungkai hidupku sehari-hari,
renungan bersama sebelum ku mati..
No comments:
Post a Comment