Thursday 31 October 2013

Awak yang di Kelana Jaya :D

Bismillah,
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-19
Semoga diberkati Allah hendaknya, in shaa Allah.
you know who you are, keep moving dan capai cita-cita anda :)
keep smilebright :)

walau tak pernah bersua nah ambil ni ikhlas dari Ed :D haha



Kek ni pun boleh :D Selamat hari lahir Anis

Wednesday 30 October 2013

Dah tua dah kamu :D

Semua orang makin meningkat usia,
hari ni hari ulangtahun kelahirannya,
semoga hidupmu diberkati Allah,
jangan lupa jadi anak yang solehah kepada ibu bapa kamu :)

Happy birthday!!! smile always :)

Bajet comel je :D haha

Tuesday 29 October 2013

Bukan tak mahu tapi takut..

Bismillah.
Mungkin ini sekadar dari pemerhatian aku,
sebenarnya sejahat mana pun kita, kita tetap manusia.
bila cakap pasal berubah, mula-mula memang ramai cam tak nak je.
jauh di sudut hati mereka, ada sebenarnya kesedaran yang terselit untuk berubah.
Aku sememangnya tidak layak untuk bercakap hal ini, sejujurnya sesiapa yang kenal aku,
dia tahu perangai aku macam mana.
seronokkan bila kita dapat melakukan perubahan dalam diri kita.

Aku bukan nak poyo, nak perli ke, nak belagak ke apa.
Aku juga manusia, insan yang penuh dengan kesilapan lampau yang ingin berubah,
mungkin ini satu perkongsian daripada aku sendiri,
sahabat sekalian, jom lah kita cari diri kita yang sebenar,

"Jadi diri sendiri boleh tak? , tak payah nak bajet baik lah depan orang''.
mungkin diolog ni atau yang lebih kurang macam ni selalu kita dengar bila
tiba-tiba kita buat baik, pi beribadah dekat diri pada Allah.
sebab mereka tahu perangai kita macam mana.

lagi satu, Ego juga penghalang untuk berubah, sebab tu susah nak terima teguran agaknya.
rendahkan lah egomu demi mencari dirimu.
ego tinggi tak ke mana pun kan?

Benda-benda yang macam ni lah yang menghantui kita untuk berubah sebenarnya.
Mungkin juga ramai yang dah alami situasi begini selain aku.
Ya! manusia bukan semuanya sama, rambut sama hitam hati lain-lain.
Tak semua hati lembut, tak semua hati keras.
selagi nyawa kita ni masih ada, selagi udara masih digunakan untuk bernafas,
Kita belum terlewat untuk bertaubat, masih belum terlewat untuk mendekatkan diri
kepada Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T.

Itulah diri kamu sebenarnya, yang selalu meminta padaNYA, selalu sujud kepadaNYA,
itulah sebenarnya tugas kita di muka bumi ini, untuk menyembah Tuhan yang Satu, Allah S.W.T.
DIA yang menciptakan kita, kepadaNYA jua kita akan kembali.
Jangan disia-sia usiamu, bila kita mati? itu kita tak tahu. Adakah kita akan mati? itu sudah pasti.

Jangan takut sahabat untuk berubah, Allah ada bersama kamu, bersabarlah,
Biar sedikit perubahan itu asalkan berterusan, in shaa Allah kamu pasti berjaya mencari diri kamu.

Pesanan buat diriku juga buat sahabat sekalian yang ku sayangi...
maaf jika tersalah kata, hanya pesanan sebelumku mati.
 

Friday 25 October 2013

Monolog Hati

Hati, kau sering bermonolog,
menanyakan soalan pada diri sendiri,
soalan menggunung terbuku kaku,
penyelesaian dicari merungkai mimpi.

Bila termenung pasti bermonolog hati,
tiba-tiba tersenyum sendiri,
terlintas lucu di hati dan berlalu pergi,
agaknya kenangan lama diingat kembali.

Apa bila berfikir pasti bermonolog lagi,
hak dan batil harus dikenali,
supaya tiada penyesalannya nanti,
keputusan dibuat tiada undur walaupun bermimpi.

Lantak hati nak bermonolog,
harus diguna memperingat diri,
lantas membina bangkitkan diri,
hidup diterus harus bersuju pada Ilahi.

Ku sampaikan monolog hati kerana ku fikirkan tadi,
selalu berlaku pada diri,
merungkai hidupku sehari-hari,
renungan bersama sebelum ku mati..


Tuesday 22 October 2013

Cerita Semalam

Hari ini takkan ada cerita semalam,
cerita semalam yang mengukir kenangan,
cerita semlam yang jarang berlaku,
membuatku tersenyum melepaskan rindu.

Tapi itu cerita semalam,
ketenangan,
kegembiraan,
aku syukur kepada Yang Esa,
dengan kurniaan-Mu aku dapat merasa keindahan alam.

Memang lah cerita semalam,
takkan nak selamanya cerita semalam,
hari berganti hari,
manusia datang dan pergi,

Terukirnya cerita semalam,
indah gambarnya,
inginku lakarkan lagi,
lakaran lagi indah dari gambar semalam.

Oh cerita semalam,
hari ni kau pergi esok apatah lagi,
hidup perlu diteruskan,
Lupa Tuhan diharap jangan,

Sebagai manusia, kita selalu mengenangkan perkara yang telah berlaku tanpa sedar ada hari esok yang harus dilalui dan perlu ditambah komitmennya. Kenangan adalah sejarah hidup, jadikan ia satu penyuntik semangat untuk kita lebih dekat kepada Maha Pencipta.

Hanya satu renungan yang dapat hamba kongsikan bersama, untuk kamu dan juga untukku.

Friday 18 October 2013

Dunia nikmat sementara.

Siapa nak hidup sendiri?
tiada rasanya yang nak hidup sendiri pada mulanya.
Sekurang-kurangnya seorang pasti berada dengan kamu.
ya, cuba kamu fikirkan. Setiap yang ada di bumi ada pasangnya kecuali dengan izin Allah ia bersendirian.
Kita sendiri hasil Ibu dan Ayah, lain lah Nabi Isa yang dilahirkan Maryam. Itu kuasa Allah.

Jika kamu rasa sunyi, Allah sebenarnya ada dekat dengan kita. Fikir dan hayatilah Keagungan dan Kebesarannya. Mengadulah pada-Nya.
Jika kamu rasa tidak dirindui dan disayangi, Rasulullah sentiasa merindui Umatnya. Cuba semak kembali pengorbanan Baginda demi umatnya. Nescaya menitis air mata kamu wahai kaum Adam dan Hawa..
Law Kana Bainana.

Pejamkan mata anda, bayangkanlah ibu dan ayah. Kasih dan pengorbanan mereka tiada nilainya.
sebagai anak doakanlah mereka, kerana bila mereka tiada, doamu lah yang mengiringi mereka.

Jika kamu ada kekasih dan berkata kepadanya "Awak je yang boleh buat saya bahagia". Subhanallah, sahabat, bahagia takkan hadir tanpa izin Allah.
Jadikan Allah kekasih kita, In shaa Allah, kita tidak akan kecewa dan rasa bahagia.

Kita manusia mudah sangat alpa, kerana Syaitan dan nafsu sentiasa ada.
Kita manusia sepatutnya lebih kuat daripada mereka kerana Allah bersama kita.
Islam pegangan kita duhai umat nabi Muhammad, umat akhir zaman.
Dunia adalah persinggahan saja, tidak kekal selamanya .
Jadikan dunia sebagai jambatan untuk kita ke Syurga.

Thursday 17 October 2013

Kaya, Sederhana dan miskin.

Oh kaya! siapa tak mau kaya,
hidup senang saja,
semua ada depan mata,
ya, memang rasa bahagia,
sahabat jangan alpa,
tiada guna kaya di dunia,
kalau akhirat diabaikan saja,
kaya satu ujian, kaya satu kurnia,
tolong tidak disia-sia.

Oh Sederhana! kebanyakan memilikinya,
susah senang dirasa bersama,
mudah jatuh mudah bangun,
asalkan hidup diterus harus,
ya, keinginannya tinggi juga,
harus difikir barangkali,
hidup biasa-biasa tidak rugi.

Oh Miskin! bukan semua dapat merasa,
satu anugerah juga ujian,
Allah sayang mereka,
selalu meminta padaNya,
sedih jangan gembira harus,
perkara buruk dilakukan jangan,
ya, mudah juga hilang kawalan,
sabar kejayaan ada,
rajin cari rapat lah ia.

Dalam kehidupan, kerenah pelbagai.
mari kita hayati, dimanakah kita?
jangan mahu saja usaha tiada,
jangan sedih kalau kita tak dapat apa yang kita mahu,
perancangan Tuhan tiada siapa tahu,
Sahabat jangan berhenti meminta padaNya,
Itu lah senjata, perlindungan dan bantuan tatkala susah tiba.
Darjat bukan segalanya.

#Renungan

Monday 14 October 2013

Da Vagabonds



Mereka bukan baru, tapi mereka mencipta gelombang baru yang bernama Da Vagabonds.
sememangnya aku peminat muzik dan aku sokong  band cenggini :)

Meh aku cerita sikit pasal depa ni.

noh - vocals 2nd guitar

herri - vocals 1st guitar

irfaniskandar - drums

aleasutan - vocal bass

depa ni bukan bawa lagu alt rock je, tapi campur dan sangat best :) 
ni haa ada sikit list lagu yang aku tahu:








Cuba lah dengar lagunya :) klik saja pada tajuknya..

yeah!! jom support band tanah air ^_^


Sunday 13 October 2013

Abah pembakar semangatku, Mama pendorong jiwaku.

Bukan sengaja dia melarang itu ini,
pengalamannya mungkin lebih daripada kita.
Selalu ingin menjadi contoh kepada zuriatnya
yang mungkin masih mentah dalam dunia.
Tatkala lemah, nasihat menyusul kemudian,
pembakar semangat pemangkin inspirasi
untuk anaknya maju ke depan dan lupakan yang basi.
Dia lah Abah yang ku hargai :)

Bukan sengaja dia marah itu dan ini,
tak mau pisang berbuah dua kali,
yang lama tak mau diulangi,
itulah katanya ku harus ingati.
Ketika jiwa ku goyah hadapi dunia,
lontaran katanya pendorong jiwa,
ya, itu lah Mama yang ku sayangi jua ^_^

khas buat Abah dan Mama tercinta,
  anakmu akan terus berusaha,
   untuk akhirat mahupun dunia.


Gembira hinggap seketika...


Kita hidup di dunia bukannya lama,
 ini semua pinjaman sahaja. 
Tak kira apa yang dikata, 
takdirnya sudah ada. 
Dengan gembira yang hinggap seketika ini, 
jangan leka! 
tersilap langkah talian hayatnya tiada.

Lihatlah dunia! 
Pelangi datang selepas hujan.
indah dibawa bersama,
kembali juga ke asalnya.

Yang datang tu akan pergi,
hargailah yang masih ada di sini,
sesal kemudian tiada guna lagi,
yang pergi takkan pernah kembali.

PANDANGAN PERTAMA...


Pandangan pertama,
ku renung ke dalam matanya,
hanya satu yang ku lihat,
ada cinta di sebalikya.

Pandangan pertama,
berlaku dengan tak sengaja, 
bukan dipinta, 
tapi sudah dijangka.

Pernahkah kau alami pandangan pertama?
tika kau duka bertukar suka,
tika benci menjadi sayang,
terlanjur kenal terbit rasa cinta.

Ya, pandangan pertama,
bukan mata tapi hati juga,
mata hati yang dulu kabur,
kini jelas diterangi sinarNYA.

Terangkan pandangan pertama,
agar bisa bibir ku basah,
basah mengingati maha Pencipta,
yang kini ramai yang alpa.