Sunday, 13 October 2013

Gembira hinggap seketika...


Kita hidup di dunia bukannya lama,
 ini semua pinjaman sahaja. 
Tak kira apa yang dikata, 
takdirnya sudah ada. 
Dengan gembira yang hinggap seketika ini, 
jangan leka! 
tersilap langkah talian hayatnya tiada.

Lihatlah dunia! 
Pelangi datang selepas hujan.
indah dibawa bersama,
kembali juga ke asalnya.

Yang datang tu akan pergi,
hargailah yang masih ada di sini,
sesal kemudian tiada guna lagi,
yang pergi takkan pernah kembali.

No comments: