Wednesday 19 March 2014

Langkah


Adakah aku salah langkah?
mungkin bukan langkah tapi perasaan yang salah,
wahai fikiran dan hati jangan lah berbalah,
nanti aku jadi lemah.

Duit memang boleh dicari,
biarlah yang halal bukan curi,
bukan jerung bukan pari,
aku cuba hidup berdukari.

jauhkan penting diri,
kerna kau harus berdiri,
bukan untuk meninggi diri,
berdiri untuk bantu diri.

Bangkit jiwa muda,
jiwa yang masih bertenaga membara,
jangan mudah berputus asa,
ini realiti dunia.



Wednesday 12 March 2014

Realiti


Dunia ibarat laut yang tak berhenti berombak,
kau ibarat nelayan di atas sampan,
terombang-ambing dek ombak,
ombak kadang biasa kadang kuat menempelak,
kekuatan bahan jadi ukuran kelak.

satu cerita boleh direka, 
takdir Allah bukan dusta,
kesal kemudian jangan ditanya,
biar senyap jangan celaka.

kanan kiri indah belaka,
itulah dunia dari pandangan mata,
bila difikirkan asyik pening saja,
nak lari kemana realiti dunia.

musibah datang tuding sini sana,
nila setitik rosak susu sebelanga,
jangan asyik membabi buta,
segalanya kembali pada Yang Esa.

Thursday 6 March 2014

20


20
satu cabaran yang semakin mencabar,
satu anjakan kepada perubahan,
perubahan minda dan pemikiran,
kalau dibiar hanyut tidak kelihatan.

20
termenung aku merenung,
kadang gembira kadang murung,
terlupa hati mana yang tak bergulung,
ambil peluang bukan hati diusung.

20
menyeluk perkasam biar sampai lengan,
harus maju ke hadapan bukan lagi enggan,
enggan bertanya sesat jalan,
jangan asyik disuap harus cari makan.

Monday 3 March 2014

Apa yang ku rasa


Rasa itu kau tidak boleh lari,
Rasa itu yang ku rasa,
mengapa,
mengapa aku jatuh ke sana,
terhantuk kepala baru padan muka.

Bila diri ingin menyendiri,
masa itu ada yang menghadiri,
hadir dengan harapan kepada diri ini,
harapan membawa kepada cita-cita tinggi.

kini, ku sedar
sedar pasal hidup yang penuh duga dan cabar,
sukar untuk meredah taman bunga berduri berpagar,
pasti tabah untuk mengharungi kerana mesti ada calar,
daripada itu aku harus bersabar.