Tuesday 25 December 2012

SEM 2 :)

 Bismillah :) alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup dan laksanakan tujuan 
hidup di muka bumi ni :)
lamanya lahai aku tak update blog ni :3 maklumlah dah start kuliah :)
dah tak sempatnya nak layan blog ni selalu, but in shaa Allah, aku akan update bila aku free cam sekarang ^_^
 syukur aku dapat sambung lagi bidang yang aku ceburi.. and one more thing, result aku tak okeyh, tapi alhamdulillah, takde yang kena repeat :) 
tapi awak tau tak? saya tetap sedih kerana tak dapat capai KPI yang telah dibuat oleh diri sendiri :3
but its okay then, maybe..
yanng penting sekarang, aku dalam semester 2. masih punyai masa untuk tebus pointer sem lepas :) haha.. so, sahabat ku yang lain, dont waste your time, set the goal and achieve that.

Thursday 15 November 2012

MUHARRAM 1434H

Bismillah

muncul lagi tahun baru bagi kita ummat Islam, ALHAMDULILLAH!!!
Allah masih lagi memberi peluang kepada kita  memperbetulkan kesilapan yang dulu,
bersama kita melakukan penghijrahan :D insyaAllah!!!

*MUHASABAH*
muhasabah lah diri, cari kelemahan,
bila kau dah jumpa, jangan tangguh, jangan buat taktau,
Ayuh perbaiki.:)

*BERAZAM*
berazam lah!! dengan apa yg di muhasabah, Bangkit!!!
Bangkitlah dengan azam membuat perubahan diri :)

*BERANI*
Berani lah!! untuk berubah kepada yang lebih baik,
kau tak perlu takut, biarpun sedikit sedikit, insyaAllah akan banyak juga :)

*BERDOA*
Berdoa lah!! agar kita sentiasa di landasan Allah,
agar hati kita tetap bersamaNYA.

"tingkatkan amalan , jauhkan mazmumah"

salam MAAL HIJRAH!!!

Tuesday 6 November 2012

TANGAN BERSIH HIDUP SIHAT

National Health & Hygiene Competition Mural Painting 2012 


ANTABAX telah menganjurkan program diatas :)
dan sekolah SK SG RAWANG, SEPANG  involve in that competition ^_^ 
so, apa kata awak2 semua bantu sekolah ni :D 

FOLLOW THOSE STEPS :

  1. klik link ini

http://www.facebook.com/NewAntabax?v=app_204169126292521

    2.  klik (LIKE)


    3. cari nama (SK SUNGAI RAWANG )

 
    4. apa lagi klik VOTE LAH!! ^_^

Hanya dengan empat langkah anda dapat membantu murid2 sekolah ini :)

TERIMA KASIH ye kepada sesiapa yang vote ^_^d

p/s: you did a good job ^^ semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu ,amiin ^^

OH NUR!!! :)

NUR...
cahaya juga maksudnya,
tanpamu, tiada apa dapat dilihat,
tanpamu, aku akan sesat di jalanan.

ingat NUR itu cahaya,
banyak sumber cahaya di dunia,
matahari lah antaranya,
tapi nurNYA menyinari diri hambaNYA.

Dia cipta nur kepada bumi,
supaya ada siang untuk mencari rezeki,
dan malam merehatkan diri.

Dia juga berikan nur kepada sesiapa dia suka,
niat kena ada , barulah nur ikut sama,

jika kau sesat dalam kegelapan,
kembalilah kejalan yang ada nur,
jika susah kau ketemunya,
jangan putus asa!!!
mohon lah agar nur itu datang , menarangi hari-hari mu :)

Oh ALLAH, sinarilah NUR kepada hamba-hambamu agar kami sentiasa di landasanMU ^_^ amiin..
insyaAllah :)

 

Friday 2 November 2012

ITS NOVEMBER :)


Assalamualaikum and greeting ^_^ huhu.. dah tongah malam baru nak update :3 haih .. apo lahai ==’’ by the way , alhamdulillah dah masuk bulan November (:

Hendaknya, bulan ni jadi bulan yang lebih baik dari bulan yang dah lepas2 tuh ^_^

Bulan ni memang macam2 la akan berlaku .. dengan SPM lah, STPM lah, FINAL EXAM lah, hoho.
Lagi-lagi yang dok tunggu result final :3 huh (yang mana dah final lah kan ) cuaks tahap panda comel ^_^ daku harapkan semuanya ok belaka .. amiin :D

Buat yang baru nak berjuang atau pun yang sedang berjuang, ku ucapkan
SELAMAT BERJUANG!!! Semoga ketenangan dan kekuatan mengirirngi anda ^_^
The most important, JAGA LAH KESIHATAN, bila badan sihat baru boleh buat yang terbaikkk kan untuk exam 

BEST OF LUCK TO YOU ALL ^_^d
Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok! :) 

Thursday 1 November 2012

MAMAK STYLE :D



Assalamualaikum and greeting :) actually I got something to share with you guys. Sebenarnya kejadian ni dah lama berlaku. Masa tu aku keluar pi makan dengan member kat kedai mamak berdekatan tempat belajar aku ^_^

Memang tak pernah jejak pun kat situ before ni :) so nak “try” lah masakan kat situ *kononnya :3

Mamak : “ adik mau minum apaaa?? “’

Aku : “ kasi itu air teh O ais limau satu”

Mamak : “ wokeyh! Makan?? “

Aku : “  makan eyh?? Hmm.. apa ada? “

Mamak : “ macam- macam adaa~ apaa mau ??“ *dah macam iklan astro dah dia ni =,=’’

Aku : “ haa~ kalau macam tu kasi saya nasi goreng paprik satu!! “

Mamak : “ alamak dik, ta dee laa (sambil sengih) “ *tadi kata macam-macam ada +_+ !

Aku : “ bagi nasi goreng pattaya je lah :3 “ *kalau takde memang aku hempok %_%

Mamak : “ ok ok.. itu ada~~ “  (dia pun ciaow)

Ketang! Ketung! Ketang! Beberapa minit kemudian …



Haa !!! AMEKKKK KAU!!! HAHA… dia perli aku ke marah aku ni..  XD  ni la yang aku panggil
MAMAK STYLE!!!! Lol :D hahahaha
#nasib baik rasa dia okay :D
p/s : kalau yang suka makan kedai mamak tu, carilah kedai yang bersih ye J haha..

Tuesday 30 October 2012

PEMBANTU KELUARGA :)

HYE THERE!! ^_^ lamo bonar tak update .. *yeke?? hehe. haih... cuti sem ni terperap je kat rumah. nak kerja tapi... ahaaa, tak tau nak kerja apa.. (yang mana cuti sem tu mesti sama je macam aku :p ) aduh!! apa lah aku ni.. Eh, yang mana kerja tu GOOD GOOD GOOD :) korang memang TERBAIKKK ^_^d

So, yang mana senasib dengan aku, janganlah dok asyik membesarkan perut tu je:) JOM JADI PEMBANTU KELUARGA!! ^_^ haha * dah macam kempen dah =,='' * kerja-kerja yang boleh dilakukan:

  • pagi --> buatkan sarapan,sidai pakaian,sapu the sampah,siram pokok-pokok yang ada :)
  • tengah hari --> dah boleh masak lauk dah, tanak nasi, kemas dapur
  • petang --> ouh ni la time rehat, tapi kain jemuran kena angkat gak :D 
  • malam --> panaskan lauk dan nasi, kemas dapur dan jangan tidur dulu, online dulu sampai mengantok :D * kalau nak laa *

sebenarnya banyak lagi kerja yang boleh dibuat, tapi yang ini pun kalau dapat buat pun, dah okay pun adui :)
So, The Point is, tak kira lah macam mana pun, cuti ke kerja ke, kita sebagai anak adalah PEMBANTU KELUARGA kita. Terutamanya ibu dan bapa kita ^_^ lagi-lagi yang duduk rumah menganggur macam aku ni. muehehe :3 

p/s : nak enjoy, enjoy juga :) ingat !!! tanggungjawab kita masih ada. 
       semoga KELUARGA KEKAL BAHAGIA ^_^ amiin ... 

Tuesday 23 October 2012

BILA KAU BERSENDIRIAN...

bila kau  bersendirian,
pasti kau berfikir sendiri,
tentang diri kau atau pun orang lain,

bila kau bersendirian,
mungkin senang nak dapat idea,
mungkin mudah nak merancang sesuatu,

bila kau bersendirian,
jangan pernah kau sedih,
jangan biar air mata membasahi pipi,
kau kena kuat!

bila kau bersendirian,
bukan mudah nak melupakan,dan
jangan kau lupa dan alpa,
ingatlah mereka yang sayangkan kita,

bila kau bersendirian,
jangan pernah persoalkan kenapa?
mengapa? kau hidup bersendirian,
ini semua ujianNYA kepada kita.

bila kau bersendirian,
ingat lah!! ingat lah!!
saat itu pasti akan tiba,
kau akan bersendirian juga dan kau harus terima :')

Friday 12 October 2012

HATI

segalanya bermula di sini.
baik dan buruk
cinta dan benci

di tempat ini
mudah terluka pedih
di tempat ini
mudah terubat pulih

cantiknya!!
seperti taman bunga penuh harmoni.
tapi menjadi buruk!!
bila bintik hitam menempatkan diri

peliharalah!
jagalah!
siramilah dengan air zikir
 dan biarkannya sentiasa mengalir.

nyah kau kulat keburukan!!
jangan kau cemar pokok kebaikan.
biarkan dia subur dengan amalan.
agar mendapat tempat di syurga yang nyaman.

Wednesday 10 October 2012

BELAJAR LAH!!!

Bila dikata tentang belajar,
mesti dia berkait dengan ILMU dan PENGALAMAN.
Sesetengah manusia tidak mengambil berat,
hanya endah tak endah saja.
Ye lah, rambut sama hitam hati lain-lain.

Tapi anda perlu tahu yang ILMU dan PENGALAMAN itu penting!!
TANPA ILMU, HIDUP KITA TANDUS.
TANPA PENGALAMAN, KITA HANYA DIPERMAINKAN.

sebanyak mana harta yang kita ada, itu semua hanya di dunia.
tak cukup untuk akhirat. JANGAN SOMBONG dalam mencari ilmu.

kalau nak kaya , biarlah KAYA ILMU DI DADA.
kalau kita nak berjaya, biarlah PENGALAMAN MENGAJAR KITA.

P/S: BELAJAR LAH.. CARI LAH .. SEBARKAN LAH ^_^
        ILMU dan PENGALAMAN ADA DIMANA-MANA..
        Semoga ilmu yang kita ada dirahmatiNYA... amiin :))

Tuesday 9 October 2012

DONE FOR FINAL.

ok ^^ nak kata gembira, tak juga nak kata sedih pun tak juga :3 hmmm.. senang cerita tengah2 lah :D
tamat juga akhirnya 'final exam' aku :) alhamdulillah.. now what i should do is doa and tawakal. what i hope is just to pass this first sem exam.. now i have my own target on second semester. ya ALLAH give me a strenght to success for second sem and others.. amiinn :)

Sunday 30 September 2012

JANGAN BERSEDIH.

JANGAN BERSEDIH jika dugaan menguji kamu kerana Allah sayangkan kamu,

JANGAN BERSEDIH bila kamu kecewa kerana pasti ada yang lebih baik untuk kamu,

JANGAN BERSEDIH bila kamu gagal kerana gagal tangga kejayaan untuk kamu,

JANGAN BERSEDIH mengenang masa lalu kerana semua itu sudah berlaku,

apa yang penting sekarang adalah yang SEKARANG ni .. 
sepatutnya kita sedih degan diri kita sekarang ni,
adakah kita sudah cukup bekalan?? 
aku sendiri sedih dengan diri aku,

semoga kita dapat perbaiki diri menjadi lebih BAIK dari sehari ke sehari:) 

WE NEED A CHANGE FOR THE BETTER FUTURE ^_^

SYUKUR.

Syukur,
perkataan yang patut kita ungkapkan sehari-hari,
perkataan yang harus kita tujukan kepada yang MAHA ESA,
Alhamdulillah hari ni kita masih bernafas dan mampu bergerak :)
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mencari CINTANYA

Ingat!!! setiap apa yang ada pada diri kamu adalah nikmat daripada Allah.
Bersyukurlah ^_^

Thursday 27 September 2012

DUGAAN

kita tak tahu kan bila dugaan tu nak datang,
walaupun hanya disebabkan perkara yang remeh,
kalau telah disuratkan dia tetap akan berlaku..

segala keputusan ditanganNYA,
rancangan DIA adalah yang terbaik,
sebagai manusia yang serba kekurangan seperti aku,
hanya redha dengan rancanganNYA.

bila dugaan datang, doa sebagai penguat,
namun perlu ingat!!
bukan bila susah saja baru nak ingat DIA..

ya Allah, kuatkan ku untuk tempuhi dugaanMU dan bantulah hambaMU :')

KELIRU KU KELIRU.

KELIRU...
aku keliru dengan diriku..
kehendak apa sebenarnya yang diriku inginkan?
semuanya masih lagi dalam benak fikiran.

KELIRU..
sering kau ganngu fikiranku.
mungkin pokok pangkalnya dari hati.,
jadi aku perlu lebih berhati-hati..

KELIRU..
aku tahu kau sukar untuk pergi dari diriku,
usah kau ganggu aku,
tapi ini mungkin penguat diriku,
apa pun ku masih punyai kasih yang SATU...

Wednesday 22 August 2012

SFA...

NOK! NOK! NOK! hye readers :) really miss you guys ^_^ lama sudah tak berBlog :3
last post pun masa diau bagi ucapan raya kat korang kan ?? :}} sekarang ni pun da habis puasa dah :)
hoho.. SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! jangan sedih2 okay! :)

haa!! mai mai! diau nak cerita ni.. its all about SFA :) kalau korang nak tau dia adalah seorang perempuan .. hehehehe :D jangan salah faham yaa~~ diau bukan kaki perempuan or yang seumpama dengannya.. she is just my BFF ^_^ dan dia sudah pun berpunya *takbaikkalaukitacuriorangpunya :P

firstly i know her melalui FB:) haiah!! FB ni memang la kan :P tp tak pe.. diau pun suka makes a new friend:D so, just get through that.. yang peliknya,, kami tak pernah berjumpa tapi boleh jadi BFF..
tau sebabnya?? haa, apa guna ade FB,TWITTER dan PHONE :D melalui alat komunikasi tadi lah diau berkomunikasi .. we are just sharing bila ada probs.. bila dia ada probs , diau akan jadi pendengar yang baik and try to give advices ^^ thats what friend should do right?? so, diau akan jalankan tanggungjawab tu.. bukan kepada dia sahaja, tapi kepada semua SAHABAT diau ^_^d

apa yang diau boleh simpul kan :) dia seorang yang baik dan sangat menyayangi sahabatnya yang lain ^_^
itu yang diau kagum dengan dia.. walaupun diau ni hanya lah kawan dia. ^^ Dia sekarang study kat UIA, dan diau sangat berbangga coz till now she always be strong untuk teruskan hidupnya di sana..
semoga kau diberkati hidup dan berjaya di dunia dan di akhirat ye SFA :)


SMILEBRIGHT ^_^d
p/s: sory ,, curi gambar jap :)SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ^^

Saturday 21 July 2012

UCAPAN PUASA!!!

Assalamualaikum ^_^ hadirnya saya dalam penulisan ini hanya ingin memberi ucapan:) bersempena bulan Ramadhan ini iaitu bulan untuk kita berpuasa,dan mengumpul pahala yang berlipat ganda ganjarannya,, saya ucapkan kepada semua yang membaca post ini "SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA:) terutamanya kepada my parents, family,and sahabats.."

SEMOGA PUASA KITA PADA RAMADHAN TAHUN INI diberkatiNYA DAN LEBIH BANYAK AMALAN KITA DARI BULAN-BULAN LEPAS:) JANGAN SAMPAI KALAH DENGAN NAFSU SENDIRI YE :P*note to myself too ^^.  salah satu keistimewaan bulan Ramadhan ni adalah SOLAT TRAWIH :)) so!! ramai-ramailah kita penuhkan masjid2 dan surau2 yang berdekatan.. bukan senang nk jumpa Ramadhan ^_^d



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ^_^

 Assalamualaikum :) bismillah.. such a long time diau tak ber-blog :)) maklum lah, kind of busy sekarang ni..
ini semua untuk masa depan diau =) anda juga begitu bukan?? semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat.. amin...

haa!! adat pembaca membaca tajuk sebelum isinya:) tau tak maksudnya? maksudnya SELAMAT DATANG YA RAMADHAN!! diau dah lama tunggu bulan ni tiba and now im excited  ^^ because hari ini pada 1Ramadhan1433H/21Julai2012 kita mula berpuasa.. so!! JOM kita sama-sama menghadirkan diri dari segi rohani dan jasmani untuk menyertai program ini ^_^ SELAMAT BERPUASA!!!! kejap ye :) sebelum tu diau nak share sikit ganjaran berpuasa >_< haa tengok ni...



p/s: SELAMAT MENAMBAH AMALAN DI BULAN RAMADHAN!!

Friday 11 May 2012

PENANTIAN BERAKHIR :))

HYE hye :)) 
hey you all ^^ long time no see >< baru laa dapat peluang nak post..hee :D
busy la KONONNYA ^_^

huu.. mesti anda tertanya-tanya kan apalah yang diau nanti2 kan sangat tu ??^^
actually, diau menanti keputusan permohonan universiti yang asyik bermain di fikiran..
haih!! tak sia-sia tunggu tarikh 8 Mei 2012 tiba ^_^





ini lah dia keputusannya ^_^ ALHAMDULILLAH :))
diau bersyukur sangat .. tak sangka diau boleh dapat..
walaupun bukan pilihan pertama :')  diau ambil cabaran ni dan akan membuktikan diau boleh!! ^^
terima kasih juga kepada semua yang mendoakan diau:) teruskan mendoa yee ^_^v
semoga ALLAH saja membalas segalanya untuk kalian >_<

SMILEBRIGHT <3 

Friday 27 April 2012

BIAR KU SIMPAN SEMUA^^

hyehye SEMUA!!
good MORNIGHT!! ^^
anda sihat ? anda dah makan td? hehe
saja je nak tau.. hope anda sekalian sihat dan ceria selalu ye ^_^d
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hurmmm... jangan sedih baca tajuk kat atas,
jangan rasa kecewa teringat kenangan dulu :)
sepatutnya kita harus lebih bersyukur
kerana semua peristiwa tu te lah berlaku kepada kita..

the best way kita ambil peristiwa tu sebagai 
pedoman dan panduan dalam hidup kita sekarang..
supaya kita tak lakukan kesalahan yang sama dan 
dapat suntikan semangat untuk berubah 
sedikit demi sedikit ke arah kebaikan :) 
kan lebih bagus macam tu ^^ dan seharusnya berfikiran positif:))

biarlah peristiwa yang lalu mengajar kita erti kehidupan..
mengajar kita erti hidup perpaduan,
mengajar kita erti tanggungjawab sebagai seorang insan di muka bumi ini..
diau juga seorang yang banyak kelemahan, banyak kekurangan.^.^
BIAR KU SIMPAN SEMUA itu dalam ingatanku supaya menjadi pengajaran buat diriku..
harap anda semua dapat terima kenyataan yang kita dah makin dewasa dan makin banyak ujian yang akan datang nanti :))
oleh itu, bersiap sedia lah kita untuk menempuh dugaan di dunia,
mohon lah kepadaNYA agar di kuat kan diri untuk menempuh segala dugaan :)
ingat ye, Allah uji sebab Allah sayang kat kita..
DIA nak kita dekatiNYA dengan memohon kepadaNYA selalu ^_^d


huhu :) BIAR KU SIMPAN SEMUA yg pernah ku miliki kerna itu semua bermakna bagiku ^_^d

SMILEBRIGHT ^_^d

Tuesday 3 April 2012

saya nak UNDURKAN MASA=,=

BISMILLAH..
hey you all!! ^_^
meyh meyh... read this (^..^)
tetiba nk share :)
ada orang tu kata "Sharing is Caring"<3
so, i decided to share my opinion =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau lah boleh,semua orang nak lakukan seperti yang tertera di atas^^
termasuk lah saya yang tak seberapa ini..
tapi, sesiapa yang rasa begitu..
 pasti ada kesilapan yang dia buat di masa lampau :)
same goes to me.. "nobody is perfect"
kegagalan tak bermakna kita tak akan berjaya selepas itu..
we should believe that ALLAH had decided everythings for us..
bagi pihak kita.. kita hanya perlu berusaha dan teruskan memohon kepadaNya..

cuba kita berfikir dari sudut yang lain..
kalau kita punyai kuasa untuk undurkan masa..
nescaya, tiada siapa pun yang akan bersujud kepada ALLAH..
dan kuasa itu akan disalahgunakan..
lalu isi di dalam bumi akan menjadi lintang pukang..
INGAT!!tanpaNYA tiada lah kita..
Apapun.. kembali lah ke pangkal jalan jika kita telah jauh tersesat..

bersyukurlah dengan apa yang kita punyai .. 
mungkin ini saja untuk kita sekarang..di dunia ini..
nanti siapa yang tahu kan??

hidup ini bagaikan buku cerita yang kita tulis sendiri, banyak chapter terdapat di dalamnya.. pelbagai kisah kita dah lalui..ada sedih ada juga happy so, for the ending of the story, happy atau sebaliknya?? anda yang tentukan"
#hargailah buku kehidupan anda sehingga akhir hayat =) 

SMILEBRIGHT ^_^d




Thursday 29 March 2012

SOMEDAY ^^

HYE!! jumpa lagi kita :)
aduyai.. ponat jari den ni haa..
so, sangat malas nak menaip but i have somethings for you ^_^

its all about SOMEDAY!! ^_^







hee.. satu hari nanti akan ku nanti,
walaupun seribu tahun lagi :)

someday?? tiada siapa yang tahu ^_^d
ape yang akan berlaku..
so i need you !!

SMILEBRIGHT :))

Tuesday 27 March 2012

JANGAN LAH MARAH!!

hye!! ^^
aku rindu padamu~~~
hekhekhek.. long time no see ye blog saya nii<3
hee..semoga anda semua sihat selalu^_^
baby: "nyangan lha mawa kite"
amiin~~

jengjengjeng!! malam ni diau nak kongsi la cerita sikit..
apa yang nk dicerita?? baca kat atas tuu..
haa.. tuu la dia ^^JOM BACA..

sedar tak sedar kita selalu komen perilaku orang, 
kadang-kadang tak sengaja mengutuk dan macam-macam lagi..
lagi-lagi time kita tengah marah,, perasaan memang susah nak dikawal..
haih.. saya rasa saya pun begitu.. 
because kita semua tidak sempurna dan kita hanya manusia biasa :)

TAPI kita harus sedar ..
jika kita marah orang buat salah,
cuba kita fikir balik.. tak pernah ke kita buat salah??
cuba kita selami orang yang buat salah tuu..
apa puncanya ?? mesti ada sebab.. jarang ada orang yang sengaja buat salah..
sepatutnya kita nasihatkan dia supaya tidak buat salah lagi..
jangan marah, bak kata orang tua, kalau marah2 ni cepat nmpak tuanya:)
tak tahu lah betul ke idak ^^
tapi dalam dunia ni,siapa yang suka dimarah tak tentu pasal..
 kalau tegas tak apa.. dibenarkan :)
bagi pesalah,, terima lah nasihat dengan hati yang terbuka..
think positive ^_^d
anda juga harus sedar yang anda bersalah..
EGO TINGGI SANGAT PUN TIADA GUNANYA =)

p/s: jangan marah marah haa :P

SMILEBRIGHT :))


Monday 27 February 2012

WALAU APAPUN KITA TETAP BERSAMA^_^

Bismillah!! ^^ hekehek :D 
ni semua gara-gara tak boleh tidur la nih :)
tapi tak apa.. sebab blog saya ada menemani..
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan =)hehe
amek kau,, berperibahasa aku^^
meyh sini baca apa yang ceq tulis :D

jengjengjeng!!!!
the word yg tertera diatas dituju khas kepada AWAK.. 
AWAK yang teristimewa..
AWAK lah yang ada dikala saya suka dan duka..
insyaAllah, kita akan sentiasa bersama 
tak kira di dunia yang nyata atau di alam maya ..
AWAK tetap dalam hati tak pernahnya hilang..
AWAK begitu berharga,,  tak boleh beli dengan duit..
hanya yang perlu KEIKHLASAN HATI <3
SAYA tak nak kehilangan AWAK.. :P 

please AWAK,, FORGET ME NOT!!!!!!
all the best for you ALL , di dunia dan di akhirat


AWAK = SAHABAT
^_^d
SMILEBRIGHT!!


TENTANG RASA



hoy hoy ^_^
hye there!!.. nah .. dengar lah.. sekadar nak share lagu nii ^^
now diau suka dengar lagu ni ^_^d


Thursday 16 February 2012

UJIAN HIDUP


Assalamualaikum:) alhamdulillah dapat juga diau mengarang dan alhamdulillah kita masih mampu membaca..
haa.. tapi kalau nak membaca, bacalah bahan-bahan yang berfaedah ye..^_^d

'UJIAN HIDUP'
pernah tak anda sekalian mengalami masalah??
pernah kan?? saya mengaku saya pun mempunyai masalah dalam hidup.
tiada siapa dalam dunia ni yang dapat lari dari masalah.
hanya satu tempat saja kita tidak menghadapi masalah iaitu di SYURGA yg kekal abadi ^_^
sejak kita lahir lagi kita sudah mengalami masalah,
lahir je kita kat dunia ni kita dah buat ibu kita sakit..
kecik kecik dah buat masalah dengan ibu.
sebab itu kita harus hargai ibu yang melahirkan kita..
sekarang, sampailah kita dah besar,
kita masih lagi didatangi masalah-masalah yang lebih mencabar.
masalah itu lah 'ujian hidup' :)

masalah hidup dan jawapan bagi masalah itu saling berhubungkait
bagi menimbulkan kesedaran dan supaya manusia tidak lupa kepada ALLAH S.W.T
dalam apa-apa masalah sekalipun, jgn salahkan orang lain,
anda juga bersalah sebenarnya..
jangan pula kita minta untuk hidup dengan tiada masalah, sebab benda tu takkan berlaku..
"do not pray for easy lives,but pray to be stronger"
ingat yee "ALLAH uji hambanya kerana ALLAH sayang, bukan benci.
sesungguhnya kepada ALLAH sebaik baik tempat untuk kita meminta"

smilebright ^_^d


Sunday 29 January 2012

CERIA SELALU :D

SALAM! dan selamat sejahtera wahai pembaca^_^
hey! anda sihat wahai pembaca??
diau sihat saja:) bertambah-tambah sihat:D
diau doakan dan berharap semuanya sihat..
ye lah.. ada yang tak suka dirinya sakit kan..
walau apa pun., anggaplah sakit itu sebagai satu ujian yang diturunkan..
dan kita harus cekal dan reda menempuhinya :)

okay.. sebenarnya kan wahai pembaca.. 
di setiap senyuman yang terukir di bibir manusia ada maksudnya..
(:siapa sokong?? senyap je:)
ada manusia yang senyum disebabkan ingin menghilangkan kesedihan mereka..
ada juga yang senyum sebab dia rasa sangat bahagia :)
ada pula yang senyum tapi dalam hati menyampah..
haih.. memang banyak kan maksud yang terselit pada senyuman ^_^
walaubagaimanapun, sebuah senyuman yang kita hasilkan adalah satu sedekah sebenarnya..
 gembirakan lah orang lain walaupun kita sedang disakiti..
nescaya sakit itu bole juga sedikit diubati..
jangan tunjukkan diri anda sedih or moody:)
chill up my friends! :D ceria selalu tau! tau! ^_<

SMILEBRIGHT^_^

Tuesday 17 January 2012

KEIKHLASAN ^_^

SALAM and greetings! ^_^
kome semua sihat ke idak??
teman di sini baik-baik ajo..
perhhh! rindunya nak hantar post kat blog ni :)
just miss you peeps! ^_^

alright.. today diau nak berkongsi dengan anda semua tentang
KEIKHLASAN :)
sebenarnya jika kita melakukan sesuatu seikhlas hati kita pasti
tiada rungutan yang keluar dari mulut kita..
dan dengan keikhlasan itu pasti kita seronok melakukan apa yang ingin kita lakukan :)
tapi buat benda berfaedah saja tau,, kalau benda yang tak berfaedah baik tak payah!
lagipun, kalau kita ikhlas melakukan sesuatu itu, dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH,
sudah semestinya kita akan mendapat ganjaran dariNYA..
contoh yang diau boleh tunjukkan di sini seperti membantu seorang yang buta melintas
jalan raya.. itu satu perbuatan yang sangat mulia.. jika anda melakukannya ikhlas
semata-mata kerana ALLAH dan tak mengharapkan balasan,
ganjaran yang besar menanti anda :) tak di dunia, di akhirat sudah semestinya =)

ikhlas-ikhlaskan lah diri anda tika melakukan kebaikan ^_^
nescaya, hidup anda akan diberkati..