Thursday 19 December 2013

Maaf, bukan ini yang aku mahu.


Kalau baca tajuk tu cam jiwang je kan :P
mungkin itu satu sudut pemikiran, tak salah ok ^_^

Bukan apa cuma nak kongsikan sesuatu, bukan berkenaan dengan cinta, tapi kehidupan.
kehidupan sering dikaitkan dengan kain putih yang dicorakkan oleh diri kita sendiri,
selalu kan dengar orang cakap macam tu, ada benarnya juga. 

Kehidupan kita adalah tanggungjawab diri kita sendiri,
Kita lah pemimpin bagi kerajaan dalam diri kita.
Kita lah yang merangcang untuk perjalanan kehidupan yang ingin kita lalui.
Nak hidup kaya ke, sederhana ke, miskin ke, tu semua berbalik pada diri kita.

Kadang-kadang memang kita dah plan baik punya, tapi akhirnya tak sama seperti yang dirancang.
Situasi sebegini pastinya sering berlaku kepada anda semua, termasuklah diriku.

Sehebat mana pun manusia merancang, Perancangan Allah sudah tertulis dan akan berlaku.

bukan nak jatuhkan semangat korang, tidak siapa tahu apa perancangan Allah untuk kita,
Hanya Allah saja tahu perancanganNya.

Kalau nak merancang, biarlah seiring dengan usaha yang jitu, doa yang ikhlas dan tawakal 
kepada Allah.

Bukan ini yang ku mahu, tapi Allah mahu ia berlaku kerana hendak memberi pengajaran
kepada diriku.

Setiap kekecewaan bukan bermakna kejatuhan,
setiap kejatuhan bukan satu kelemahan,
setiap kelemahan harus diperbaiki supaya menjadi kekuatan.

Tingkatkan usaha, teruskan berdoa :)

Thursday 12 December 2013

Saat Mata Terbuka

Bibir bergerak
mulut petah berkata
lantang suara menyeluruh
ruginya dia alpa
sia-sia menjadi harus

Saat mata terbuka,
pintunya tak pernah tertutup.

Cinta

Kau emotional,
kau terburu-buru,
sesungguhnya sabar itu perlu.

Friday 6 December 2013

ini kisah IPOH CALLING :)


Bukan selalu Festival cenggini ada :) so, kami grab this chance untuk bershopping la kononnya :D
nak ditulis memang panjang la cerita dia, so, let the pictures tell the story ^_^

sampai je kat sini, depa ni terus snap gambar :D haha

Walapun tempatnya macam kecik, sebenarnya sangat nice buat
kat sini. Memang cun :)


Old sckool punya style, tetap rare! kalau lah banyak lagi,
ofkoz lagi la melelh air mata menengoknya :D haha

selain dari baju2 yang depa jual, novel pun ada :) ni baru sikit,
melambak lagi kat shop depa ni.. mai la KHIZANAT kat Ipoh  :)

Antara meja yang buka awal :) maju COMME Ipoh clothing!
show di pagi hari, workout!!

respect empayar Kuku Besi, pepagi lagi dah beratur dah :D




Sambutan hangat, ramai peminat design Kuku Besi turun nak borong baju :D




Busy akak ni tau :P


Masing-masing usha, apa yang depa beli aku pun tak tau. haha :D

sempoi depa ni :) alamak kakak kat belakang tu sorry tak nampak,
abang kat depan ni saja ja halang :D haha

Aku Design, ni antara barang yang depa jual .
Pergh, niat di hati memang nak beli topi ni. Haha.
hanya mampu usha je laaa.

StickyBox punya barang orite juga :) 


Monday, simple but nice to wear ^_^

Antara stok Kuku Besi :)

Abstrax Jingga

Ramai gak remaja suka baju depa ni :) keep it up PeaceBeUponYou ^_^

Depa ni la kakak cun yang menyampah tengok aku :D haha
Asyik ulang-alik, tapi tak beli pun. Tapi, best lepak ngn depa ni
tolong promote Khizanat and Projek Rabak :)

Senyuman yang ikhlas ni ^_^ 

Peminat novel FIXI and LEJEN ramai datang sini usha novel.

Baju Khizanat simple but nice, siapa beli dia tau la kan.
Aku sebab dah usha depan belakang baju. haha. tu yang tau tu :D

Khizanat and Projek Rabak kongsi satu meja untuk jual depa punya produk :)
shop depa ada kat Ipoh, siapa duk perak dekat laa :P

Antara baju yag ramai pick up and buy.


banyak lagi gambo sebenarnya, tapi rasanya ni cukup untuk menggambarkan suasana IPOH CALLING.
harap boleh pi usha lagi lah ^_^

Majulah design tempatan ke mata dunia! sekian


Wednesday 4 December 2013

Biskut





Biskut 
banyak jenis biskut
bukan saja nama
tapi juga perangai

Biskut rapuh
senang patah
mudah dikunyah
sedap ketika lapang

Jangan jadi macam biskut
Maruah harus dijaga

Tuesday 3 December 2013

Lesu

Roda satu perumpaan
di manakah hidupnya?
mungkin di atas mungkin juga dibawah
bila roda berhenti, di manakah kita?

hidup kian hari makin sikit
umur mati semakin berkurang
percaya pasti ada penghujungnya
waktu itu siapa saja sudah bersedia?

hari-hari masuk angin keluar asap
lesu otak berkerja
lenguh fizikal jiwa pun meronta
persoalannya untuk apa jambatan ini?

penuh liku
banyak rintangan
sepatutnya dapat dirempuh
kerana Tuhan tahu kita mampu walaupun lesu