Thursday, 19 December 2013

Maaf, bukan ini yang aku mahu.


Kalau baca tajuk tu cam jiwang je kan :P
mungkin itu satu sudut pemikiran, tak salah ok ^_^

Bukan apa cuma nak kongsikan sesuatu, bukan berkenaan dengan cinta, tapi kehidupan.
kehidupan sering dikaitkan dengan kain putih yang dicorakkan oleh diri kita sendiri,
selalu kan dengar orang cakap macam tu, ada benarnya juga. 

Kehidupan kita adalah tanggungjawab diri kita sendiri,
Kita lah pemimpin bagi kerajaan dalam diri kita.
Kita lah yang merangcang untuk perjalanan kehidupan yang ingin kita lalui.
Nak hidup kaya ke, sederhana ke, miskin ke, tu semua berbalik pada diri kita.

Kadang-kadang memang kita dah plan baik punya, tapi akhirnya tak sama seperti yang dirancang.
Situasi sebegini pastinya sering berlaku kepada anda semua, termasuklah diriku.

Sehebat mana pun manusia merancang, Perancangan Allah sudah tertulis dan akan berlaku.

bukan nak jatuhkan semangat korang, tidak siapa tahu apa perancangan Allah untuk kita,
Hanya Allah saja tahu perancanganNya.

Kalau nak merancang, biarlah seiring dengan usaha yang jitu, doa yang ikhlas dan tawakal 
kepada Allah.

Bukan ini yang ku mahu, tapi Allah mahu ia berlaku kerana hendak memberi pengajaran
kepada diriku.

Setiap kekecewaan bukan bermakna kejatuhan,
setiap kejatuhan bukan satu kelemahan,
setiap kelemahan harus diperbaiki supaya menjadi kekuatan.

Tingkatkan usaha, teruskan berdoa :)

No comments: