Monday 6 October 2014

Tinggal

Tinggal
perkataan yang kini terkurung di benak otak
bermudik entah ke mana
tanpa arah, bertempiaran
mungkin menyelubungi diri

aku nak tinggal
padahal tinggal sememangnya harus
fikir usah ditangguh
buat jangan dilengah
sedar ataupun tidak?

masanya sudah tiba
kan ku biar
ku tinggal semua hitam
bantu ku cari yang putih
sampai bila mau tunggu?

Friday 18 July 2014

'M' 'D'

'M'
selepas dia tiada 'N',
'D' tidak mungkin ada dua,
'D' bukannya dendam,
'D' bukan juga derita
tapi 'D' itu selalu doa.


Monday 7 July 2014

Oh cengkerik

Biarkan apa cengkerik berkata
usah gusar
usah khuatir
hanya ritma dalam kehidupan.

Thursday 3 July 2014

If you believe

Apa yang kau percaya?
adakah yang kau percaya itu kau pegang?

Jawapan pada diri
tanya iman bukan hati
ikut hati mati.

Tuesday 1 July 2014

#3

Alhamdulillah
mula hari ketiga berpuasa

keep on the momentum till the end of Ramadhan,
don't waste the chance given by Allah to be a better servant.
make a checklist and don't miss what's on the list,
lets sadakah
don't forget to pay Zakat

In shaa Allah
May Allah guide us to the right path.

Saturday 28 June 2014

Ramadhan Tiba lagi,

Alhamdulillah
Ramadhan tiba lagi
Penuh barakah
penuh rahmat
penuh keampunan
dalamnya ada satu malam
lebih baik dari seribu bulan

terbuka pintu syurga
ditutup pintu neraka
Syaitan dan jin dibelenggu
agar kita sukar diganggu

usah lupa sahurmu
kerna keseluruhannya berkat
biarpun seteguk air

ganjarannya melimpah
Hadiah Allah kepada hambaNYA
perkara sunat pahalanya fardhu
fardhu pula 70 kali ganda

Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia lagi penuh rahmat ini dengan Ibadah.
ambil peluang Allah beri ini untuk menjadi hambaNYA yang bertakwa dan lebih baik.

Satu lagi perkara, jangan lupa niat puasa ya ^_^





Tuesday 24 June 2014

Berudu

Menongkat dagu merenung penjuru
idea dipacu otak padu
kalau takut pecut laju
selesai dikau sebelum beradu.

Monday 23 June 2014

Pengakhiran

Kau tidak sehebat mana
kau juga hamba
mengapa kau keras kepala
nanti ke satu tempat pengakhirnya
semua akan merasa
detik getir perit derita
masa itu penyesalan tiada
gunakan jambatan yang ada
agar kelak derita tiada
paling tidak seketika sahaja
bangkitlah kau dari leka lena.

Saturday 21 June 2014

Bila hidup terlalu banyak teori
rasa sangat rugi
praktik entah kemana pergi
kata bergigi-gigi
baik terjun perigi.

jom ubah diri

Hari demi hari
bunga -bunga mekar indah
menusuk penuh syukur
walaupun mekarnya sebentar
baja berulang ditabur
selalulah mekar bunga di taman
itu bisa buat kita bertambah syukur.

Tuesday 17 June 2014

Alhamdulillah :)
kata yang mampu ku ucapkan
tatkala susah mahupun senang
apa yang ada di depan mata sekarang
aku bersyukur dan redha

Allah lebih tau hambanya
Tanpa Allah siapalah kita.


Thursday 12 June 2014

Dulu aku buta,
gelap hati gelap mata,
tiada ku hirau keindahan depan mata,
ku biar saja merata.

keindahan itu kau yang bawa,
bukan wajah yang ku pinta,
tapi hati ini yang merasa,
ku harap kita kan bersama.

dulu ku kejarkan wajah,
banyak liku banyak helah,
ingin hati ku bedah,
aku akui aku salah.

kasarmu aku suka,
adakah kita bersama?
ini semua takdir-Nya,
jangan pertikai kenapa,
kita tunggu akhir cerita.



Monday 28 April 2014

Teriak Hati

tidak kelihatan pada rupa
pastinya Maha Esa kenal hambaNya
hatinya teriak duka mengalir
duka kerana kezaliman dusta

kotak hati sukar dilerai
ikatan kuat dawai nafsu
kuat semangat muda bergelumang
pengakhiran kecewa luka lesu
saatnya tiada kembali
andai kau dengar teriak hati.

Wednesday 19 March 2014

Langkah


Adakah aku salah langkah?
mungkin bukan langkah tapi perasaan yang salah,
wahai fikiran dan hati jangan lah berbalah,
nanti aku jadi lemah.

Duit memang boleh dicari,
biarlah yang halal bukan curi,
bukan jerung bukan pari,
aku cuba hidup berdukari.

jauhkan penting diri,
kerna kau harus berdiri,
bukan untuk meninggi diri,
berdiri untuk bantu diri.

Bangkit jiwa muda,
jiwa yang masih bertenaga membara,
jangan mudah berputus asa,
ini realiti dunia.



Wednesday 12 March 2014

Realiti


Dunia ibarat laut yang tak berhenti berombak,
kau ibarat nelayan di atas sampan,
terombang-ambing dek ombak,
ombak kadang biasa kadang kuat menempelak,
kekuatan bahan jadi ukuran kelak.

satu cerita boleh direka, 
takdir Allah bukan dusta,
kesal kemudian jangan ditanya,
biar senyap jangan celaka.

kanan kiri indah belaka,
itulah dunia dari pandangan mata,
bila difikirkan asyik pening saja,
nak lari kemana realiti dunia.

musibah datang tuding sini sana,
nila setitik rosak susu sebelanga,
jangan asyik membabi buta,
segalanya kembali pada Yang Esa.

Thursday 6 March 2014

20


20
satu cabaran yang semakin mencabar,
satu anjakan kepada perubahan,
perubahan minda dan pemikiran,
kalau dibiar hanyut tidak kelihatan.

20
termenung aku merenung,
kadang gembira kadang murung,
terlupa hati mana yang tak bergulung,
ambil peluang bukan hati diusung.

20
menyeluk perkasam biar sampai lengan,
harus maju ke hadapan bukan lagi enggan,
enggan bertanya sesat jalan,
jangan asyik disuap harus cari makan.

Monday 3 March 2014

Apa yang ku rasa


Rasa itu kau tidak boleh lari,
Rasa itu yang ku rasa,
mengapa,
mengapa aku jatuh ke sana,
terhantuk kepala baru padan muka.

Bila diri ingin menyendiri,
masa itu ada yang menghadiri,
hadir dengan harapan kepada diri ini,
harapan membawa kepada cita-cita tinggi.

kini, ku sedar
sedar pasal hidup yang penuh duga dan cabar,
sukar untuk meredah taman bunga berduri berpagar,
pasti tabah untuk mengharungi kerana mesti ada calar,
daripada itu aku harus bersabar.





Sunday 23 February 2014

Selagi Mampu

Bila ku kata ku mengerti,
apa mungkin aku hipokrit,
bilamana ku cuba memahami,
kau terus berlari.

penghujung tiada ku lihat lagi,
tiada yang pasti apa terjadi,
langkah kaku ku buang jauh,
bagi mengejar matlamat hidup yang dihujung paruh.

ingin ku kenali siapa,
kau pun tak pernah nak sapa.
adakah aku alpa dan lupa,
hidup ini jambatan saja.

biarlah mulut burung berkicau,
jangan kau jiwa kacau,
keinginan tak terkata banyaknya,
kerana manusia mudah melepaskan saja.

aku cuba selagi mampu,
sebagai penyampai bukan mudah,
pedoman harus di isi di dalam hati.
kewajipan ditunai sampai mati.
Allah izinkan jangan kau ambil kesempatan.
doa senjata kemenangan.

Friday 10 January 2014

Sesuatu yang tak pasti apa


kenapa perasaan ini sering berulang,
ku rasakan hidupku tidak lengkap,
tertanya di mana kuranganya?
di mana harus ku cari kelengkapan itu.

adakah apa yang ku rasa kau rasanya juga?
macam ada sesuatu yang tidak kena,
serba serbi tak cukup,
sesuatu yang perlu aku tambah pastinya.

adakah aku terlalu leka diulik realiti dunia?
atau aku hanya bermimpi di siang hari buta?
atau berangan tak ingat dunia?
ke aku akan pergi tak lama lagi?

terlalu banyak persoalan Si Hina ini.
Alhamdulillah syukur ada peluang lagi.
In shaa Allah akan ku ubah diri.

Friday 3 January 2014

Mari bersedekah



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad S.A.W.  bersabda,

"Setiap datang waktu pagi, ada dua malaikat yang turun dan keduanya berdoa. Malaikat pertama memohon kepada Allah, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang memberi nafkah', sementara malaikat satunya berdoa, 'Ya Allah, berikan kehancuran bagi orang yang pelit.' 

(HR. Bukhari & Muslim).

Sedekah sama sekali tida mengurangi harta
Itulah jaminan dari Rasulullah. Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bahawa beliau bersabda,
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
"Sedekah tidak akan mengurangi harta" 
(HR. Muslim)
Bersedekah secara rahsia lebih mendekati Ikhlas. Merahsiakan sedekah lebih besar nilainya dan lebih utama berbanding diketahui orang lain, Allah berfirman:

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِىَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتؤْتُوهَا الفُقَرَاءِ فَهُوَ خَيرٌ لَّكُمْ
"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.." (QS. Al-Baqarah: 271).


Perkongsian ini mengenai sedekah secara umumnya, terdapat banyak lagi Fadhilat dan Jenis-jenis sedekah. 
Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: 
“Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” 
(Mauquf Shahih)
Sempena penghulu segala hari ini, ayuh! perbanyakkan sedekah, tak kiralah apa jenis sedekah pun, yang penting niat kita Ikhlas. 
#PesananBuatKamu  #PesananBuatDiriAnaJuga







Thursday 2 January 2014

Rentak Hati



Naik turun,
Jatuh bangkit,
Rentak semakin rancak,
Denyutan nadi deras.
jangan sampai tak waras.

Kejap Ya,
Kejap Tak,
teragak-agak yang mana,
entah katanya,
sebab takut merana.

Persoalan ada dimana-mana,
terbang melayang,
Jiwa muda berkata-kata,
Jiwa muda meronta,
semua perumpamaan biasa,
Jangan disalah guna ini masa.

Rancaknya rentak,
waspada jangan dilupa,
yang suka ada,
yang benci pun ada,
kita hidup dalam satu dunia,
tahu siapa punya? 
Allah yang punya!

p/s: Dalam mengejar dunia, akhirat jangan dilupa. Anak muda pencetus Ummah, anak muda pengembang dakwah. In shaa Allah.
 Peliharalah hatimu.
jangan terkeliru diantara kaca dan permata duhai sahabat.:)

#PesananBuatKamu
#PesananBuatDiriAnaJuga



Wednesday 1 January 2014

New year ?



Betulkan ana kalau ana salah,
tegurlah ana, sesungguhnya ana insan yang lemah.

ada satu soalan yang ana ingin tanya..
sambut ke tahun baru?
jawablah dalam hati ya. :)
bagi ana, sebagai ummat Islam, tahun baru kita pada Awal Muharram.

bukan apa, nak tanya kome la kan.
apa kelebihan kita sambut tahun baru 2014?
cam takda pape kan?
ini dari pandangan ana lah.
 mungkin kome ada pandangan sendiri.^_^

Tahun baru Masihi...
Jangan sampai jadi perayaan, salah, tiada dalam Islam.
Tahun baru Hijiriah ada lah, setahu ana lah.

Azam baru?
kita sering meletakkan azam, tak salah pun.
apa guna berazam kalau tak laksana, bukan?
oleh itu, ana berpendapat, tetapkanlah satu matlamat anda.
dan laksanakan. In shaa Allah, 
dengan matlamat yang satu, azam yang lain akan tercapai :)

Dunia dicari, Akhirat dikejar :D
In shaa Allah.

sekadar perkongsian dari ana yang banyak kelemahan,
ilmu masih belum terlambat untuk dicari,
sama-sama lah kita cari ya..
tak kira siapa beri nasihat kepada kita, walau dia orang gila sekalipun,
terimalah wahai sahabat ana.
kerana nasihat itu daripada Allah, digerakkan ke hati 
hambaNya untuk disampaikan kepada kita.
Subhanallah...