Sunday 21 July 2013

Ujian melanda, sabar sebagai ubat :)


Bismillah, harap anda dalam kondisi yang baik dan mampu
 beribadah kepada Allah, Pencipta sekalian alam :)
syukur hari ni kita masih hidup :) dapatlah kita beribadah kepadaNya lagi ^_^

syukur juga hari ni dah masuk hari ke-12 kita menunaikan kewajipan berpuasa
di bulan Ramadhan. ^_^d tahniah juga kepada anda kerana telah berjaya
menempuh hari-hari puasa dengan Sabar :)

bulan puasa ni lah bulan terbaik unttuk kita perbaiki diri kita :) 
semua tahu kan kita memang tak kan sempurna. 
Tapi lagi baik jika kita melakukan sesuatu ibadah tu ke arah lebih sempurna. Allah pun suka ^_^

lagi satu, mesti anda dilanda macam-macam ujian dan masalah kan dalam bulan puasa ni.
jangan nak merungut sangat EH!! :) 
sebenanrnya Allah turunkan ujian kepada hambanya kerana Dia sayangkan anda semua.
anda pun dah biasa dengar kan kata-kata tu. 
 kadang-kadang kita dah tahu perkara tu, tapi endah tak endah je.

bila ujian datang, anda harus sedarkan diri yang anda sedang diuji.
boleh dikatakan setiap masa dalam hidup kita ada ujian yang Allah turunkan.
sedangkan miskin dan kaya itu adalah satu ujian.
lepas tu, anda berfikir dan katakan kepada diri anda supaya bersabar.
 alangkah hebatnya jika anda mampu untuk mengawal diri anda sebegitu :)

gunakan lah akal yang waras sebaiknya. 
itu kelebihan kita sebagai manusia ^_^
ingat ye teman 
kenapa Allah tak putus menurunkan ujian kepada hambanya?
kerana Allah nak hambaNya sentiasa dekat dengaNya ^_< d

doa lah agar kita diberi kekuatan untuk tempuh ujian yang mendatang
dengan sabar :) 
kerana sabar adalah ubat, doa adalah senjata ^_^

keep SMILEBRIGHT :))

D.I.

Manusia


Manusia sering alpa,
manusia selalu leka,
lupa asalnya dari mana,
asyik nak bangga dengan dunia.

Manusia harus sedar,
manusia perlu ingat,
dunia ini jambatan kehidupan.
kehidupan dunia hanya sementara.

Manusia bangkit,
bangkit menegakkan yang salah,
saat ini sudah khuatir,
petanda akhir dunia.

Manusia dulu,
manusia kini,
beza hanya masa,
hakikatnya sama saja.

Manusia hamba,
manusia taat,
manusia rendah diri,
biarlah semua kepada Pencipta yang Esa.


*juga pesanan buat diri yang hina ini

D.I.