Monday 2 March 2015

Haluan

Kini ku meningkat dewasa,
Benar ini realiti, bukan ilusi.
Harus hati-hati dalam mencari,
Semoga tidak ketemu haluan kiri.
Masa pantas pergi, ya dia takkan kembali,
Jangan terkaku tegak berdiri ,maju lah diri.

Sunday 18 January 2015

Masa lalu

Tiada siapa yang dapat waktunya lebih
Mahupun kurang,
Tiada siapapun mampu untuk undurkan masa.
Masa akan berlalu pergi.
Tiada henti. Tetap pergi.

Kini kembali

Banyak masa terbuang
Berjalan seolah hala tiada
Merenung entah ke mana

Sampai bila penantian
Mengapa sukar diungkap
Sedang ayat tersusun difikiran
Mulut terkunci rapat

Masanya tiba
Ku ubah semua
Biar paya jadi taman
Indah menyusul nanti

Ku ingin kembali
Bantu yang lemah ini
Manusia biasa tiada sempurna
Sempurna manusia tidak sempurna.

Monday 6 October 2014

Tinggal

Tinggal
perkataan yang kini terkurung di benak otak
bermudik entah ke mana
tanpa arah, bertempiaran
mungkin menyelubungi diri

aku nak tinggal
padahal tinggal sememangnya harus
fikir usah ditangguh
buat jangan dilengah
sedar ataupun tidak?

masanya sudah tiba
kan ku biar
ku tinggal semua hitam
bantu ku cari yang putih
sampai bila mau tunggu?

Friday 18 July 2014

'M' 'D'

'M'
selepas dia tiada 'N',
'D' tidak mungkin ada dua,
'D' bukannya dendam,
'D' bukan juga derita
tapi 'D' itu selalu doa.


Monday 7 July 2014

Oh cengkerik

Biarkan apa cengkerik berkata
usah gusar
usah khuatir
hanya ritma dalam kehidupan.

Thursday 3 July 2014

If you believe

Apa yang kau percaya?
adakah yang kau percaya itu kau pegang?

Jawapan pada diri
tanya iman bukan hati
ikut hati mati.