Sunday 23 February 2014

Selagi Mampu

Bila ku kata ku mengerti,
apa mungkin aku hipokrit,
bilamana ku cuba memahami,
kau terus berlari.

penghujung tiada ku lihat lagi,
tiada yang pasti apa terjadi,
langkah kaku ku buang jauh,
bagi mengejar matlamat hidup yang dihujung paruh.

ingin ku kenali siapa,
kau pun tak pernah nak sapa.
adakah aku alpa dan lupa,
hidup ini jambatan saja.

biarlah mulut burung berkicau,
jangan kau jiwa kacau,
keinginan tak terkata banyaknya,
kerana manusia mudah melepaskan saja.

aku cuba selagi mampu,
sebagai penyampai bukan mudah,
pedoman harus di isi di dalam hati.
kewajipan ditunai sampai mati.
Allah izinkan jangan kau ambil kesempatan.
doa senjata kemenangan.