Saturday 27 April 2013

TENANG.


Tenang air jangan disangka selamat,
tenang manusia jangan disangka diam,
ada udang di sebalik batu.

Bila tertekan, tenang dicari,
bila kecewa, tenang juga dicari,
tenang sangat penting dalam diri,
barulah akal baik berfungsi.

Angin tenang rasa tenang,
nampak air tenang rasa tenang,
bila bersamaMu hati lagi tenang.

Silap ada di mana-mana,
semua tiada yang sempurna,
maafkanlah jika nak tenang di jiwa.

Jiwa manusia takkan tenang,
apa yang nak asyik tak dapat,
ingatlah wahai teman usia dunia dah singkat.

Ketenangan jiwa sebenarnya apabila kita rapat dengan pencipta kita iaitu Allah.
Kita umat akhir zaman, banyak peristiwa yang ada dalam al-Quran telahpun berlaku.
dan kita semakin hampir dengan hari Kiamat. 

Berpesan-pesanlah kepada saudara kita yang lain :)









Friday 26 April 2013

14 APRIL.

 Bismillah, Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
tiada apa yang nak ku cerita, hanya perkongsian semata-mata.
Mungkin pesanan buat semua dan diriku juga. 

Dengan izin Allah, 14 April takkan ku lupa,
satu peristiwa yang tak patut diratap tapi tetap ku kenang jua,
ku kenang hingga akhir nyawa.

Pemergian mu menusuk kalbu,
pemergianmu buatku kenang zaman kecilku,
apa kan daya, Allah juga lebih sayangkanmu.

14 April takkan ku lupa,
jasamu terhadap diriku sangat berharga,
semoga Allah membalas jasamu di sana,
jasamu yang tiada nilainya.

Oh, opah. Sejak ku lahir kau jaga ku,
jaga dengan kasih sayangmu,
telah ku balas kasih mu itu,
 namun tak sebesar kasihmu dulu.

Kini kau tinggalkan kami selamanya,
tiada siapa dapat duga,
kalau Tuhan nak ambil, bila-bila masa,
tak kira waktu,tempat dan bila.

Doa kami sentiassa untukmu,
Al-Fatihah buat opahku,

semoga dia bahagia di sana,
diletak diantara kalangan yang beriman,
dan sentiasa ingat Tuhannya yang SATU,
iaitu Allah pentadbir sekalian alam.

sekian, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati hidupnya.
Amiin..

bersyukurlah dengan apa yang masih ada di depan mata sebelum ia pulang ke penciptanya.


Dirimu sentiasa dalam Hatiku. <3 Opah.


I'M BACK

   ASSALAMUALAIKUM, Hye there :) IM BACK!!!  long time no see ^_^ how are you? i hope everything going great!! ^_^d    *ehem ehem ehem, eceyh!! speaking pula. Dah lah lama tak post. huh*

   Apapun sekarang baru ada mood nak ber-blog semula setelah sekian lama. Maklumlah budak AD lah katakan. sibuk memanjang. Rakan-rakan sepejuanganku pasti turut merasai kesibukan semester 2 ni. Cuti sem je lah aku boleh ONLINE 24 JAM. Kalau tak jangan harap.  Takde nak cerita apa cuma aku rindu korang semua!!!!! : >

Haaa, inilah wajahku sekarang, makin .......... :) faham-faham je lah ye.  Apapun  aku  gembira dengan hidup aku sekarang.
Alahamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada hambaNya ini untuk beribadah.
Apa yang anda ada sekarang ni, bersyukurlah. Ingat pada bila-bila masa saja Allah boleh tarik nikmat yang Dia bagi.
Rasanya sampai di sini dulu abang-abang kacak dan kakak-kakak cantik. Jumpa di post yang lain :)

Assalamualaikum dan selamat tengah hari ^_^d

SMILEBRIGHT^_^d