Friday 26 April 2013

14 APRIL.

 Bismillah, Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
tiada apa yang nak ku cerita, hanya perkongsian semata-mata.
Mungkin pesanan buat semua dan diriku juga. 

Dengan izin Allah, 14 April takkan ku lupa,
satu peristiwa yang tak patut diratap tapi tetap ku kenang jua,
ku kenang hingga akhir nyawa.

Pemergian mu menusuk kalbu,
pemergianmu buatku kenang zaman kecilku,
apa kan daya, Allah juga lebih sayangkanmu.

14 April takkan ku lupa,
jasamu terhadap diriku sangat berharga,
semoga Allah membalas jasamu di sana,
jasamu yang tiada nilainya.

Oh, opah. Sejak ku lahir kau jaga ku,
jaga dengan kasih sayangmu,
telah ku balas kasih mu itu,
 namun tak sebesar kasihmu dulu.

Kini kau tinggalkan kami selamanya,
tiada siapa dapat duga,
kalau Tuhan nak ambil, bila-bila masa,
tak kira waktu,tempat dan bila.

Doa kami sentiassa untukmu,
Al-Fatihah buat opahku,

semoga dia bahagia di sana,
diletak diantara kalangan yang beriman,
dan sentiasa ingat Tuhannya yang SATU,
iaitu Allah pentadbir sekalian alam.

sekian, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati hidupnya.
Amiin..

bersyukurlah dengan apa yang masih ada di depan mata sebelum ia pulang ke penciptanya.


Dirimu sentiasa dalam Hatiku. <3 Opah.


No comments: