Saturday 27 April 2013

TENANG.


Tenang air jangan disangka selamat,
tenang manusia jangan disangka diam,
ada udang di sebalik batu.

Bila tertekan, tenang dicari,
bila kecewa, tenang juga dicari,
tenang sangat penting dalam diri,
barulah akal baik berfungsi.

Angin tenang rasa tenang,
nampak air tenang rasa tenang,
bila bersamaMu hati lagi tenang.

Silap ada di mana-mana,
semua tiada yang sempurna,
maafkanlah jika nak tenang di jiwa.

Jiwa manusia takkan tenang,
apa yang nak asyik tak dapat,
ingatlah wahai teman usia dunia dah singkat.

Ketenangan jiwa sebenarnya apabila kita rapat dengan pencipta kita iaitu Allah.
Kita umat akhir zaman, banyak peristiwa yang ada dalam al-Quran telahpun berlaku.
dan kita semakin hampir dengan hari Kiamat. 

Berpesan-pesanlah kepada saudara kita yang lain :)









No comments: