Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Setiap datang waktu pagi, ada dua malaikat yang turun dan keduanya berdoa. Malaikat pertama memohon kepada Allah, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang memberi nafkah', sementara malaikat satunya berdoa, 'Ya Allah, berikan kehancuran bagi orang yang pelit.'
(HR. Bukhari & Muslim).
Sedekah sama sekali tida mengurangi harta
Itulah jaminan dari Rasulullah. Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bahawa beliau bersabda,
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
"Sedekah tidak akan mengurangi harta"
(HR. Muslim)
Bersedekah secara rahsia lebih mendekati Ikhlas. Merahsiakan sedekah lebih besar nilainya dan lebih utama berbanding diketahui orang lain, Allah berfirman:
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِىَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتؤْتُوهَا الفُقَرَاءِ فَهُوَ خَيرٌ لَّكُمْ
"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.." (QS. Al-Baqarah: 271).
Perkongsian ini mengenai sedekah secara umumnya, terdapat banyak lagi Fadhilat dan Jenis-jenis sedekah.
Hadis dari Ka’ab menjelaskan:
“Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.”
(Mauquf Shahih)
Sempena penghulu segala hari ini, ayuh! perbanyakkan sedekah, tak kiralah apa jenis sedekah pun, yang penting niat kita Ikhlas.
#PesananBuatKamu #PesananBuatDiriAnaJuga

No comments:
Post a Comment