Tuesday, 3 December 2013

Lesu

Roda satu perumpaan
di manakah hidupnya?
mungkin di atas mungkin juga dibawah
bila roda berhenti, di manakah kita?

hidup kian hari makin sikit
umur mati semakin berkurang
percaya pasti ada penghujungnya
waktu itu siapa saja sudah bersedia?

hari-hari masuk angin keluar asap
lesu otak berkerja
lenguh fizikal jiwa pun meronta
persoalannya untuk apa jambatan ini?

penuh liku
banyak rintangan
sepatutnya dapat dirempuh
kerana Tuhan tahu kita mampu walaupun lesu

2 comments:

miza chan said...

permulaan yg baik :D woot2~

Unknown said...

aha, nasihat diterima dengan hati terbuka :)