Siapa nak hidup sendiri?
tiada rasanya yang nak hidup sendiri pada mulanya.
Sekurang-kurangnya seorang pasti berada dengan kamu.
ya, cuba kamu fikirkan. Setiap yang ada di bumi ada pasangnya kecuali dengan izin Allah ia bersendirian.
Kita sendiri hasil Ibu dan Ayah, lain lah Nabi Isa yang dilahirkan Maryam. Itu kuasa Allah.
Jika kamu rasa sunyi, Allah sebenarnya ada dekat dengan kita. Fikir dan hayatilah Keagungan dan Kebesarannya. Mengadulah pada-Nya.
Jika kamu rasa tidak dirindui dan disayangi, Rasulullah sentiasa merindui Umatnya. Cuba semak kembali pengorbanan Baginda demi umatnya. Nescaya menitis air mata kamu wahai kaum Adam dan Hawa..
Law Kana Bainana.
Pejamkan mata anda, bayangkanlah ibu dan ayah. Kasih dan pengorbanan mereka tiada nilainya.
sebagai anak doakanlah mereka, kerana bila mereka tiada, doamu lah yang mengiringi mereka.
Jika kamu ada kekasih dan berkata kepadanya "Awak je yang boleh buat saya bahagia". Subhanallah, sahabat, bahagia takkan hadir tanpa izin Allah.
Jadikan Allah kekasih kita, In shaa Allah, kita tidak akan kecewa dan rasa bahagia.
Kita manusia mudah sangat alpa, kerana Syaitan dan nafsu sentiasa ada.
Kita manusia sepatutnya lebih kuat daripada mereka kerana Allah bersama kita.
Islam pegangan kita duhai umat nabi Muhammad, umat akhir zaman.
Dunia adalah persinggahan saja, tidak kekal selamanya .
Jadikan dunia sebagai jambatan untuk kita ke Syurga.
No comments:
Post a Comment